Parliament question-Women
Soalan: YB Puan Chong eng minta Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat mengatakan bilakah pindaan akan dibuat kepada Akta Keganasan rumah Tangga, Akta Perkhawinan dan Perceraian (khasnya bahagian nafkah) dan lain-lain undang-undang yang tidak adil kepada kaum wanita.
Jawapan:
Cadangan pindaan ke atas Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) telah pun dikemukakan ke Pejabat Peguam Negara untuk semakan sebelum diangkat kepada Parlimen untuk kelulusan. Kementerian menjangkakan pindaan ini akan dapat dibentang di Palimen dalam sesi akan datang. Kementerian juga telah mengambil maklum semua pandangan daripada orang ramai termasuk NGO semasa pindaan tersebut dilakukan melalui beberapa bengkel dan mensyuarat.
Berhubung dengan Akta Perkhawinan dan perceraian dan undang-undang lain yang berkaitan, kementerian pada masa ini tidak dapat memberi ulasan kerana ianya di luar bidang kuasa kementerian ini. Bagaimana pun kementerian sentiasa berusaha untuk membekalkan maklumat yang berkaitan dengan isu ketidak adilan ke atas wanita begi membolehkan mana-mana peruntukan undang-undang dan akta yang ada dibawah bidang kuasa mana-mana kementerian lain untuk dibuat pindaan.
