Permintaan Keadilan Zuraidah Harus Disokong Demi Memupuk Sikap Bertanggungjawab

Kenyataan Akhbar oleh Chong Eng, Ahli Parlimen Kawasan Bukit Mertajam pada 26.10.2005 di Parlimen Malaysia

Permintaan Keadilan Zuraidah Harus Disokong Demi Memupuk Sikap Bertanggungjawab

Zuridah ,berumur 25 tahun telah melahirkan seorang anak tanpa berkahwin dengan bapa kepada anak tersebut telah dikehendaki untuk hadir ke Mahkamah Majistret Johor Bahru. Zuridah dituduh melakukan kesalahan menjalin hubungan luar nikah.(Utusan Malaysia 26-10-2005)

Menurut laporan, Zuridah sedia berdepan dengan apa jua tindakan yang mungkin diambil oleh mahkamah ke atasnya, tetapi beliau menyoal mengapakah hanya dirinya seorang sahaja yang dihadap ke mahkamah? Mengapakah tindakan yang sama tidak diambil ke atas lelaki yang menghamilkannya?

Saya berpendapat persoalan yang dibangkitkan oleh Zuridah adalah berasas. Malahan, demi keadilan permintaannya agar lelaki yang tidak bertanggungjawab terhadap tindakannya dan anak yang dilahirkannya patut diambil tindakan mahkamah bersama adalah munasabah. Pihak berkuasa yang hanya memburunya dan mengambil tindakan mahkamah ke atas dirinya, satu pihak sahaja manakala bagi membolehkan seorang wanita hamil, ia melibatkan dua pihak, adalah tidak adil.

Pihak berkuasa sepatutnya bertindak adil di dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan tidak berat sebelah serta mendakwa mangsa sahaja di dalam kes-kes sedemikian yang kebiasaannya, kaum wanita.

Saya percaya, tidak ada mana-mana wanita, jika mereka mempunyai pilihan, berkehendakkan berada di dalam situasi Zuridah, melahirkan seorang anak luar nikah. Di dalam kes Zuridah ini, malangnya keinginan untuk bernikah tidak dapat menjadi kenyataan kerana lelaki yang menghamilkannya enggan meminangnya.

Saya pernah diberitahu oleh bekas pembantu rumah saya yang berasal dari Indonesia bahawa di Indonesia, lelaki yang menghamilkan wanita akan dipaksa mengahwini wanita tersebut, walaupun wanita itu hanya sehari mengandung. Menurutnya, ia adalah bagi memastikan anak yang bakal dilahirkan adalah sah di sisi undang-undang Islam. Di Malaysia, setahu saya, tiada peraturan sedemikian.

Jika mengikut undang-undang sivil, dan andaikan Zuridah adalah seorang beragama bukan Islam, beliau boleh mengambil tindakan mahkamah ke atas lelaki yang memperdaya dan menghamilkannya. Di sisi undang-undang sivil, hal sedemikian di lihat sebagai hal peribadi yang melibatkan tingkah laku individu dan hak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap lelaki yang terlibat adalah ditangan mangsa.

Pada pendapat saya, wanita selepas hamil dan melahirkan anak luar nikah, ibu dan anak ini tiada sayangan daripada suami dan bapa serta sokongan daripada keluarganya dan seringkali dipandang serong atau hina oleh masyarakat, dilihat sebagai membawa malu kepada dirinya dan keluarganya. Layanan sedemikian yang perlu diharungi olehnya adalah satu hukuman berat dan memadai.

Jika dibandingkan dengan lelaki yang menjalin hubungan luar nikah, lelaki yang tidak bertanggungjawab tersebut nampaknya terlepas daripada segala layanan buruk seperti yang diterima oleh wanita berkenaan hanya kerana lelaki tidak boleh hamil! Nampaknya, dakwaan dapat dikenakan ke atas Zuridah adalah dengan berdasarkan kepada anak yang dilahirkannya adalah luar nikah.

Saya amat khuatir, jika penguatkuasaan undang-undang Syariah dijalankan sedemikian, ia akan memberi persepsi yang salah kepada orangramai bahawa pihak berkuasa “menggalakkan” tindakan lelaki tidak yang bertanggungjawab tersebut dan mereka “dibolehkan” meneruskan tindakan menghamilkan wanita lain tanpa perlu mengahwininya kemudian. Di waktu yang masa, mereka ini akan terlepas daripada sebarang tindakan mahkamah atau hukuman.

Permintaan keadilan oleh Zuraidah tersebut harus dilayan dan disokong oleh orangramai, yang tidak bersetuju dengan kelakuan dan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.

促进对国会的了解-直播国会

国会写真 (27/10/2005)– 章瑛

促进对国会的了解-直播国会

国会是国家的最高立法机构,与管理国家的当权政府和大公无私的司法部三权鼎立,平等重要。国会这季的会议共开41天,大部分的时间花在辩论2006年的财政预算案,国会如果不通过,政府明年就没有钱用;还有第9大马计划也需要国会通过,否则不可施行;还有各种法案或法令的修改,都要超过半数国会议员点头说,如果是修改宪法如增加国会议席,则要超过三份之二的议员同意,必须一一记录支持、反对和不投票的人数。

国会即然这么重要,国会议员当然也重要,但是普罗大众、一般市民对国会毫无印象,即不知道国会何时开会,也不知道他们投票选出来的国会议员在国会里做些什么;民政党全国主席拿督斯里林敬益不久前呼吁人民勿把国、州议员当提款机,无独有偶,上季国会巫统四角亭区议员拿督莫哈末阿兹要求提高议员的津贴,因为许多民众以为国会议员很富有,所以不论是红、白事,或孩子生病,孩子要上大学,一家之主失业,过年过节等,都向议员求助;议员不给太不近人情,又怕失去选票,要给嘛,若来者不拒有求必应则穷於应付,所以他认为解决方案是国会提高议员的津贴。

看过一个电视节目,主持问一个小姐会选什么职业的男人为结婚对象,答:政治人物。为什么?因为政治人物的太太都是少奶奶,而且有保镖跟进跟出,安全又威风;这个小姐讲的是有很高官职的政治人物,普通国会议员即没保镖也没有官车。我初中选为州议员时,不少人见我以小灵鹿代步,奇怪的问:政府不是有给< 马士利>吗?他们不知道只有拥有官职的行政议员,政务次长,副部长,部长,议长和副议长等才享有官车的福利,他们对议员有错误印象,以为议员就是有钱人。为什么会产生这种美丽的误会?

以我浅见,这与传媒有关。执政党国、州议员宣布拨款和移交拨款、电脑、电视机、音响器材、T-恤等等的新闻常图文並戍的在报章上出现,大部分的议员又没像YB杜乾焕博士那样向人民解释拨款来自国库,来自人民;相反的还大拍胸口一付有求必应的模样,也难怪有些民众以为议员是财神-!

还有除了报章之外,民众最常见到议员的地方是在那里?不是国,州议会,是宴会,或视察民生问题,久而久之,民众忘记了国、州议员的基本职责是到国、州议会去立法及决定国、州和人民的重大政策;也不觉得国会有何重要,除了表达不满之外。

所以我认为政府应直播国、州会,让民众可以看到国、州议会开会的情况,知道国、州议员代表人民讲了些什么话,做了些什么决定,通过了什么法令,及他们在议会里说话是否如议会外那样的英勇,是否里外都说同样的话。

如果有国会直播,民众在本月18及19日在家里的电视机看到那几个国会议员有始
有终的开会到晚上11 及12点;他们也会看到在周二有好多议员争着发言,每个议员只有10分钟的发言时间,及行动党议员和巫统议员对非回徒女性被强制戴头巾的看法有多大的分别。

民主国家追求透明良政,直播国会符合透明良政原则,直播国会也是尊重人民知情权和先进的象征发,马来西亚应”能”直播国会,以让人民更加了解国会的功能和国会议员的职责。

Hello world!

Welcome to chongeng at Blogsome. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

An email has been sent to you giving you details how to login to the administration section. From there you can change the design by clicking on the tab MANAGE and then click on the tab THEMES. If you have any questions ask them in the forum. We are only too willing to help.